18 November, 2010

Ketam Bulan Mengambang III



Sementara menunggu masa untuk memeriksa tangkul kami meneruskan aktiviti memancing. Suasana amat sejuk di atas kelong ini, angin pagi menderu-deru, perut terasa lapar dengan cepat. Nasib baik di kelong ini ada tempat memasak..pergh pekena maggi cup ngan kopi 3 in 1 cukup menyegarkan. Mana2 yang tak tahan, terus terlena di bilik-bilik papan yang tersedia, mengerekot dalam suasana dingin. Sungguh selesa jika dapat peluk bini masa begini.

Bulan mengambang menjanjikan tangkapan pancing yang kurang. Mungkin ikan tidak tertarik lagi kepada cahaya lampu dari kelong kerana cahaya bulan lebih mengasyikkan. Pada malam itu hanya ikan kecil atau ikan karang yang memakan umpan pancing. Lewat subuh, pancing Kamarul disentap kuat. Apabila dinaikkan, masing2 takut nak pegang, ular laut ke belut?

Setelah siap difoto, spesis tersebut dilepaskan. Kebetulan ada pemancing sebelah baru terjaga, tunjukkan gambar dan dia mengesahkan itu belut laut. Kalau buat kuah laksa sedap katanya, mengapa tak bagi kat dia.

Isk, tak tergamak nak pegang pun, apatah lagi nak makan. Mungkin bukan rezeki sesiapa, belut kembali semula ke sarangnya...

Ketam Bulan Mengambang II

Labuhkan tangkul seberapa banyak yang mungkin. Kita hanya perlu check setengah jam sekali untuk mengutip hasil atau menggantikan umpan jika telah habis. Untuk memeriksa tangkul, kita hanya perlu menaikkan tangkul dengan tarik tali sehingga ke permukaan.

Untuk malam tersebut, hasilnya hampir setengah tong cool box kami dapat ketam bunga. Tapi berhati2 bila mengambil ketam ini, boleh pegang2 tapi jangan kena sepit.

Kadang2 dalam tangkul ini, ada juga anak-anak ikan yang terperangkap sekali. Bagi trip ini, banyak anak ikan menyerupai keli terperangkap namun ia berbelang putih. Nikmat dapat menarik tangkul dengan ada hasil di dalamnya. Lebih nikmat lagi jika ketam tersebut dimasak segera, masak lemak cili padi atau apa saja. Daging ketam segar manis dan berdecit-decit bila dimakan, berdecit2 macam bunyi tayar mat rempit. Kalau bini ajak merempit malam tu, sori la..makan kenyang2 dulu baru lah fikir aktiviti lain.

Jadi sesiapa yang nak mencuba menangkul ketam, tunggulah musim bulan mengambang. Jangan pergi tempat tersorok dan gelap, nanti menangkul bersama pontianak sundal malam...eee takut nyah!

Ketam Bulan Mengambang


Minggu ini dan ke depan adalah waktu yang baik untuk menangkap atau menangkul ketam. Ini kerana bulan mengambang di mana ketam2 banyak isinya dan aktif mencari makan. Ketam tangkapan sendiri dan di masak sendiri lebih manis, untuk dimakan atau untuk kenangan..bak iklan "tidak ternilai..selebihnya mastercard yang uruskan"

Lanjutan dari itu, saya dan adik membuat lawatan ke kelong untuk mencuba menangkul ketam. Lintas langsung dari kelong Bagan Lalang:

Jam 7pm kami sampai ke kelong dengan bot yang disediakan oleh pengusaha kelong tersebut. Tidak ramai pemancing ketika ini, mungkin masing2 sudah polos poket atau sibuk melayan elusan isteri dan anak di rumah. Kami berbekalkan beberapa batang pancing, Coolbox 52liter, 12 tangkul, beberapa batu bata pecah, 3 dozen ikan kembung dan umpan pumpun yang dibeli di tepi jalan sebelum ini. Pancing dan pumpun untuk aktiviti memancing manakala selebihnya untuk menangkul ketam.

Pancing di pasang dahulu, diletakkan dibeberapa spot yang sesuai, kemudian barulah fokus kepada menyediakan tangkul. Menyediakan tangkul ini sebenarnya tidak susah. Kami menggunakannya adalah berdasarkan pemerhatian pemancing2 sebelum ini.

Tangkul boleh dibeli di kedai2 pancing, harganya pun tak mahal. Ikat mata pancing besar bersama tali sejengkal di dalam tangkul. Tujuannya adalah untuk meletak umpan ikan kembung. Tangkul ini akan di sambung dengan tali plastik, yang biasanya digunakan sebagai tali penyidai ampaian. Satu gelung mungkin sudah mencukupi untuk tangkul sampai ke dasar laut. Jika tak cukup, sambung 2 tali.

Ikan kembung dicangkuk seekor di dalam tangkul. Ketam cukup terliur tengok ikan kembung ni. Letakkan batu bata pecah, saiz setengah batu bata. Tujuannya untuk menenggelamkan tangkul tersebut. Jika arus kuat, tambah batu bata secukup rasa supaya ia tak hanyut. Kemudian benamkan tangkul dan ikat pengujung tali di mana-mana tiang

17 November, 2010

Survival Tuna Sirip Biru II




Pelengkap sushi Jepun

Dalam satu-satu masa terdapat satu dozen atau lebih kapal nelayan di kawasan lautan yang cukup luas bermula dari Perancis, Sepanyol, Turki dan banyak lagi sehingga tidak memudahkan pencinta alam mengejar dan menghalang mereka daripada menangkap ikan tuna itu.

Beberapa kapal nelayan hampir tidak bergerak kerana begitu teruja dengan hasil tangkapan mereka, manakala kapal lain pula bergerak perlahan.

Ini kerana kebanyakan kapal itu membawa jaring sangkar yang digunakan untuk mengelilingi kumpulan tuna yang kemudiannya ditunda ke pesisir pantai untuk dimasukkan ke dalam peti sejuk gergasi. Ikan-ikan tersebut kemudian akan dihantar ke Jepun.

Ini kerana tuna digunakan untuk membuat makanan kegemaran rakyat negara Matahari Terbit iaitu sushi dan sashimi.

Nilai ikan tersebut bergantung kepada saiz dengan harganya boleh mencecah sehingga RM401,418 seekor di pasar ikan Tsukiji, Tokyo.

Sementara itu, pemburuan ikan tuna sirip biru secara meluas di laut bebas menyebabkan hasil tangkapan spesies itu menjunam sehingga 80 peratus di Mediterranean dan Atlantik.

Apatah lagi ketamakan nelayan mengaut hasil tangkapan membawa mereka sehingga memburu anak-anak ikan tuna sirip biru yang biasanya berada di perairan lebih panas.

Pada awal tahun ini, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat cuba mengharamkan perdagangan spesies tuna tetapi Jepun melobi dengan jayanya sehingga usul yang dikemukakan itu ditolak.

Seterusnya kempen mengharamkan perdagangan ikan itu dialihkan kepada perairan terbuka kerana pemburuan ikan tuna sirip biru hanya boleh dilakukan sehingga pertengahan Jun lalu sahaja. Selepas tempoh itu, pencinta alam menggunakan peta nautika serta kompas untuk memantau dan menghalau kehadiran kumpulan bot tunda di perairan terbuka.

"Jika bot nelayan mula mengelilingi sesuatu kawasan atau memperlahan bot, itu memberi petunjuk bahawa mereka sedang bersiap sedia untuk menunda kawanan tuna sirip biru. Itulah sebabnya Greenpeace mahu 'mengganggu' kegiatan mereka di laut kerana kami mahu mereka menghentikan tangkapan besar-besaran," terangnya.

Bagaimanapun Greenpeace enggan mendedahkan apakah taktik-taktik yang digunakan mereka dalam usaha menggagalkan pemburuan ikan tuna sirip biru oleh nelayan.

Pada Mei lalu, aktivis menaiki rakit untuk menghalang tiga kapal ikan tuna daripada meninggalkan Pelabuhan Sete, Perancis.

"Kita tidak mempunyai banyak masa," tegas Knowles. Kerana itu Greenpeace mahu memberi tekanan yang lebih kuat kepada Suruhanjaya Konservasi Tunas Atlantik (ICCAT) agar musim penangkapan ikan dipendekkan kepada empat minggu sahaja.

"Kita masih bertolak ansur dengan memberi peluang mereka menangkap ikan tuna sirip biru tetapi kita tidak mahu mereka menunda semua ikan tersebut sehingga ia pupus di lautan," terang Knowles.

Bagaimanapun ramai penyelidik berpendapat kuota dan jumlah tangkapan itu lebih tinggi daripada yang sepatutnya.

Pakar perdagangan perikanan, Audun Lem memberitahu seharusnya usaha lebih tegas dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membanteras pemburuan berleluasa ke atas tuna sirip biru. Namun, pada masa yang sama kita seharusnya memberi jalan alternatif kepada para nelayan kerana jika tidak sampai bila pun ia tidak akan selesai.

Itali sebagai contoh membuat perjanjian penangguhan sementara dengan para nelayan ikan tuna sirip biru negara itu tahun ini. Kerajaan Itali telah mengeluarkan AS$12.3 juta (RM40 juta) kepada nelayan dan syarikat perikanan untuk memastikan semua bot nelayan Itali berada di pelabuhan.

Kerana itu, 49 buah bot tuna yang sebelum ini dibina dan diberikan kepada nelayan secara subsidi kini disubsidikan semula untuk kekal di pelabuhan. - AFP

Survival Tuna Sirip Biru


Artikel ini diambil dari Harian Kosmo 17/11/2010.

DARI Pantai Malta, kelihatan sekumpulan bot-bot nelayan yang tenggelam dan timbul di perairan Mediterranean. Bot tersebut sedang menunggu untuk menjala sebanyak mungkin tuna-tuna sirip biru sebelum berakhirnya bulan Jun.

Hakikatnya, tuna bukanlah satu-satunya mangsa buruan. Ini kerana kumpulan pencinta alam sekitar turut menantikan dengan teropong dan peralatan pemantauan moden yang bukan sahaja diletakkan di tepi pantai tetapi juga di atas bot tunda.

Aktivis pencinta alam memburu bot-bot nelayan kerana tidak lagi mahu nelayan menunda ikan tuna sirip biru.

"Sebenarnya, saya mahu mereka memancing sahaja," beritahu salah seorang pencinta alam yang terlibat dalam kempen Greenpeace, Oliver Knowles. Akui Knowles, dia mahu aktiviti penangkapan ikan tuna sirip biru secara komersial ditangguhkan buat sementara waktu untuk memberi masa ia kembali membiak tanpa gangguan.

Kerana itu Knowles dan pasukannya telah menghantar dua kapal ke Mediterranean bagi menjalankan pemburuan bot-bot nelayan.

"Lakukan sesuatu sekiranya anda mahukan alam sekitar tidak dimusnahkan secara besar-besaran. Saya tidak mahu mereka menangkap ikan tuna sirip biru lagi. Kita terpaksa berusaha keras demi menjaga alam sekitar, namun unsur politik tetap memainkan peranan untuk menghentikan nelayan," terangnya penuh bersemangat kepada 26 krew yang menaiki kapal organisasi itu, Rainbow Warrior.

04 November, 2010

Fenomena di Ufuk Timur II




Bukan satu, malah banyak formasi yang dilakarkan di dada langit. Bukan satu warna, malah beberapa..merah, kuning dan lainnya. Kejadian berlaku di awal malam sekitar 8.30pm. Formasi yang ditunjukkan bagai lukisan sang artis di mana kanvasnya adalah langit malam. Cuaca agak cerah kerana bulan mengambang pada waktu itu. Siapa melihatnya pasti terpikat...kagum, terpersona atau apa saja..
Sesiapa yang tahu fenomena ini silalah kongsi bersama

Fenomena di Ufuk Timur


Bulan lepas semasa memancing di Bagan Lalang, pokcik ternampak fenomena pelik di ruang angkasa laut Selat Melaka. Mata melilau memandang sekitar kerana kebosanan kerana tiada getuan di pancing. Tiba-tiba nun di ufuk timur, terpandang cahaya yang berlegar2 di langit. Kebetulan langit cerah tanpa awan. Fenomena itu berlaku kira-kira 15 minit. Bagai alunan penari, pokcik terkesima dengan lenggang lenggok tarian cahaya tersebut.


Cahaya apakah lemah gemalai itu..sungguh indah. Masih terbayang di mata cahaya misteri tersebut...rasanya ingin sama mencoret cahaya di langit itu.

20 October, 2010

Saltwater Crocs

Early this year we have been shocked by a news that a man being attacked by a crocodile while swimming at the famous PD shore. Local Authority has denied the allegation but few weeks after that local people found an enormous crocodile corpse nearby. Below is news extracted from on-line paper in which confirmed that our coastal has crocodile. Pokcik dah berhenti mandi laut (pantai barat saja). Pertama takut telur jadi masin. Kedua takut kena cekup ngan buaya. Kalau pegi PD tu, mandi kat kolam renang hotel jer

Friday October 12, 4:51 AM

Malaysian Fishermen Net 13-Ft. Crocodile

Two men hoping to catch fish in Malaysia were stunned when they found a 13-foot crocodile tangled in their net, officials said Thursday.

The amateur fishermen summoned firefighters to help haul the reptile out of the water at a popular coastal fishing area in southern Johor Bahru city Monday, said Abdul Hamid Abdullah, head of operations at the city's fire department.

"They tried to catch fish but they got a crocodile," Abdul Hamid said.

Officials were uncertain about how the crocodile found its way into the sea, since the creatures are generally believed to inhabit only the city's freshwater rivers.

Firefighters took 20 minutes to pull the crocodile out with ropes.

"It was very big. We were surprised," firefighter C. Kesavan said. "In my lifetime, this is the first time I have seen a crocodile in saltwater."

The officials did not know specifically what type of crocodile it was, but all crocodile species are protected under Malaysia's wildlife laws. The reptile was sent to a crocodile farm.

18 October, 2010

Pari Pulau Ketam III


Sauh diangkat dan bot meluncur ke port lain. Kali ini berlabuh kira-kira 100 kaki dari rumah sangkar ikan. Sangkar ikan banyak di Pulau Ketam di mana penternak menternak ikan gred A seperti siakap putih, siakap merah, jenahak dan sebagainya secara komersial. Ada juga yang menyewa rumah sangkar mereka kepada pemancing sebagai pendapatan tambahan. Di sangkar ini kita boleh membeli ikan yang masih hidup untuk dibawa pulang...all fresh!

Pancing dihulur menghala betul2 ke bawah sangkar. Kena berhati-hati kerana kadang2 tersangkut dengan tali sauh sangkar, alamatnya kena putuskan tali. Kalau ikut majalah pancing, banyak ikan2 yg terlepas menanti di bawah sangkar kerana sumber makanan banyak di situ, iaitu tumpang sekali makanan ikan yg ditabur kepada ikan sangkar. Huluran kami tak disambut oleh ikan elit ini, hanya gelama yang berminat. Arus pula agak kuat, hingga ladung susah hendak mendarat di lantai laut.

Agak mencabar juga memancing di sini. Kadang2 terkuat baling, ladung terlajak di atas sangkar. Tersangkut tali sauh, batu ladung tak jejak bumi dan ikan buntal pemutus tali. Bila matlamat tak tercapai, keputusan dibuat untuk melawat unjam pula..

Permukaan Laut Meletup


Permukaan laut macam meletup-letup dengan ikan2 kecil melompat dari permukaan. Setiap 1-2 minit, ikan bilis atau selar akan bercempera di permukaan Burung camar menjunam ke permukaan laut..apa tandanya??

Jika pemancing bertemu situasi ini, rapatkan bot seberapa hampir ke kawasan ini. Di sini terdapat kumpulan2 ikan kecil yang sedang diburu oleh ikan bagak di bawah sana.

Kita lihat apa yang ada di bawah permukaan. Ikan-ikan bagak seperti gerepoh, talang, alu-alu dan tenggiri biasanya akan memburu secara berkumpulan juga. Taktik mereka adalah mengepung bilis ini dan attack. Bilis-bilis ini akan cuba menyelamatkan diri termasuk melompat keluar dari laut. Namun nasib selalu tidak menyebelahi mereka kerana di atas ada si burung dan di bawah ada si bagak.

Pemancing bila berjumpa situasi ini, hulurkan popper atau umpan hanyut tanpa batu ladung. Setelah umpan berada di tengah kumpulan bilis, karau pancing perlahan-lahan. Si bagak akan mudah tertipu dengan menyangka umpan popper atau selar kita itu adalah dari kumpulan ikan kecil yang cedera. Mereka akan menyambar mangsa yang mudah ini.

Ini satu BONUS kerana kita tahu di bawah sana memang ada ikan besar yang sedang memburu. Pokcik pernah lalui pengalaman ini semasa memancing di Pulau Sembilan. Juga semasa di kelong Mamud Lukut. Ikan tenggiri papan memburu sekumpulan bilis. Lalu apa lagi, umpan bilis yang dapat dari acara appolo, disangkut ke mata kail lalu dilempar ke kawasan buruan. Tenggiri ini akan menarik umpan jauh keluar dan aksi mengekangnya akan menjadi lebih menarik apatah lagi jika menggunakan joran aksi ringan.

Situasi laut meletup ini jarang2 terjadi. Jika pemancing bertemu situasi begini, maka harus tahu apa yang perlu dibuat..

Pari Pulau Ketam II

Perjalanan kami bermula dari Shah Alam, fetch mak jan jap kat TTDI Jaya dan terus ke Pulau Indah. Kami bertiga satu kereta dan mata berligar mencari BMW tuan punya bot, VP yang pernah jadi bos aku. Rupanya dia dah standby dalam bot dan kami bertolak dari jeti dalam kul 830am.

Seingat aku, ini dah trip ketiga pergi dengan VP tu, he is very humble and low profile. Senang nak berinteraksi dengannya, kita tak rasa rendah diri sangat. So dalam bot tu ada Mr. VP, aku, senior dan mak jan. Mak jan tu lak muda belia lagi, mungkin dlm 24 kot, anak bru sorang tapi laki dah cari lain. Dia langsung takde pengalaman pancing. Jadi kena ajar lah skit2 macamana nak guna pancing, nak pasang umpang, nak hulur umpan..isk2 macam dlm Tv ajar awek main golf..

Mak jan ni punyalah excited dapat naik bot, nama dirahsiakan atas permintaan peribadi. Bot bertolak dan kami melihat view yang cantik2 sepanjang perjalanan seperti Royal Yatch jetty, port Pulau Indah, pulau2 dan jetty Star Cruise semasa menghala ke Pulau Ketam. Laju gak VP kita ni bawa bot, kalau kat darat dah kena speeding nih. Bot ni gak very nice, kusyen empuk, ada atap, GPRS, luas dan selesa lah kalau 4 hingga 6 orang. Malam boleh tarik tirai kelliling kalau tido. Cuma kurang skit takda mesin angkat sauh, kena guna tenaga empat kerat. Berat gak tu

Persinggahan pertama selepas 45min berlayar ialah Pulau Ketam, boss nak isi minyak di jeti. Sebagai penumpang, kena hulurlah duit minyak, takkanlah semua dia nak tanggung. Kesempatan tu cakap ngan mak jan, baik pergi tandas, nanti dah susah nak tunai hajat. Masing2 naik ke jeti melilau cari toilet.

Selepas minyak diisi, kami memulakan perjalanan. Bot berlabuh sebentar bertentangan dengan jeti pemancing. Pemancing baling umpan dari jeti menghala kami. Kami lak baling menghala mereka.

Di sini ikan banyak juga meragut umpan pumpun kami seperti tetanda, gelama dan ikan kecil lain. Mak jan tanya macamana nak tau pancing dah kena, kena lah tunjuk secara amali dengan henjut hujung joran dan suruh dia feel henjutan tu. Cepat gak dia belajar dan dia menaikkan tetanda pertama 5 minit selepas tu dengan penuh kepuasan...

12 October, 2010

Pari Pulau Ketam


Sekelumit kenangan memancing di Pulau Ketam bersama mak Jan...bersama di atas bot seorang Vice President sebuah syarikat korporat..

Memancing satu bot bersama perempuan bukan perkara luar biasa kerana sudah beberapa kali kami diikuti oleh pemancing wanita. Tapi selalu jadi kesukaran ialah semasa nak buang air kecil. maklumlah tiada tandas dalam bot.

Semasa trip ke Pulau Sembilan, awek Garam ada ikut. Sampai pucat menahan hajat seharian, cuma pagi tersebut rupanya ada tirai boleh dilabuhkan di depan bot. Just imagine one whole day tak buang air kecil sedangkan minum banyak kerana udara laut walaupun berangin tapi panas.

Bagi lelaki senang aje, guna tong minyak hitam 3liter yg telah dipotong. Hulur aje dlm tu dan selesai. Atau halakan saja direct ke laut. Perempuan takkan nak buat gitu. Kalau di laut dalam, tak ada pulau nak singgah..jadi kelatlah muka. Trip ke Pulau ketam kali ini disertai 4 orang termasuk seorang pemancing ibu tunggal muda kenalan kami..dah dia nak sangat ikut..layannnn

08 October, 2010

Hijau Biru Rompin III




Bot berlabuh di lubuk kedua berhampiran unjam. Pancing dihulur untuk memulakan aktiviti. Tapi lubuk ini umpan sangat kurang disambut. Beberapa kali kami berjaya menaikkan kerapu kurang sekilo.

Tiba-tiba pancing Senior ditarik kuat, sampai melengkong hujung pancing mencecah laut. Kami menjangkakan mangsa bagak. Tarik menarik beerlaku dengan kasar, namun mangsa yang tercangkuk di mata kail gagal melepaskan diri. Sangka kami ikan belitung rupanya ikan Selipar. Tak tahulah apa nama sebenarnya. Kami memanggilnya ikan selipar sebab di atas kepalanya ada kesan seperti tapak selipar jepun. Memang spesis tu dilahirkan begitu. Tanya Tekong, dia kata ikan ni tak sedap. Jadi kami lepaskan semula. Namun Sr. puas hati, kerana daya lawan yang tinggi. Juga dapat tengok spesis yang tak pernah tengok kat pasar.


Di waktu malam pula bot berlabuh di lubuk lain. Tapi sambutan agak dingin dari ikan perairan Rompin. Mungkin trip kali pertama tidak menjanjikan yang lumayan. Waktu malam ramai yang melayan mabuk daripada memancing. Trip kali ini pokcik bagi rating 2 1/2. Tekong malas nak tukar port, bila suruh baru gerak. Lubuk tak kena, iaitu pergi ke lubuk yang bergelora dahulu baru ke lubuk lain. Kalau ke tempat bergelora dahulu, alamatnya mabuk la. Lepas tu bila sampai ke lubuk lain, badan pun dah tak sedap. Seterusnya, tekong tak pandai cari umpan hidup. Patutnya bawa dulu ke unjam, appolo anak kembung atau selar hidup, baru ganas ikan besar menyambar. Kalau setakat sotong pasar, ikan pun malas nak layan. Masak pun kena sendiri. Naik bot pun lambat . Jam tu lah nak isi minyak, jam tu la nak beli ais. Lain kali malas lah nak layan tekong macam ni. Bayar sampai RM1,200 tapi servis kayu.

Trip kali ini dapat 1/2 tong Coleman je. Jadi takut kena sindir ngan bini, masing2 tambah dengan ikan yang dibeli di jeti..huhu gitulah nasib pemancing, ego nak jaga gak.

Hijau Biru Rompin II


Lubuk pertama adalah lubuk kerapu. Tapi laut yang berombak menyebabkan ramai yang tak dapat memulakan pancing, sehinggalah suasana reda sedikit. Dari rupa Sham pun dah tahu, baru lepas mabuk, maklumlah dia tak pernah memancing di laut, hanya main sungai dan lombong. Joran Sham mengena ikan tuna (tongkol) sirip hitam, sedap buat kuah nasi dagang tu. Happy sesangat lah dia.
Slumber senior berjaya mendaratkan kerapu dalam 1kg dan sememangnya banyak kerapu yang kami naikkan di lubuk itu. Semua pemancing berjaya menaikkan kerapu di situ. Tapi di mana ikan-ikan bagak yang banyak diperkatakan di kawasan tersebut?
Setelah suasana ragutan tidak menggalakkan lagi, tekong mengajak kami ke lubuk kedua.. apa ada di sana??






Hijau Biru Rompin


Memancing bersama geng Saiful, ex HR HQ ke Rompin menjanjikan Hijau dan Biru...bersama abang Sr, adik dan Sham x staf; Saiful ngan gengnya satu kereta - kami menyewa bot untuk memancing di perairan Rompin. This was my first fishing trip at east coast. Normally kami main kat pantai barat. Mengikut kata Saiful, jarang pulang dengan tangan kosong..lumayan katanya.


Naik dari jeti LKIM di pekan Rompin, setelah pekena nasi lemak 2 bungkus di pekan tadi. Kat sini naik bot dalam pukul 9 ke 10am. Biasanya kalau kami di pantai barat macam ke Pulau Sembilan kami naik bot subuh sapiee lagi. Sampai ke lubuk, just nice dalam kul 8am. Kat sini kalau naik kul 10am, sampai lubuk dah tengahari..isk pelik mancing tengahari ni. Ikan dah kenyang segala..pehtu perut pemancing dah start lapar semula.


Sampai ke lubuk pertama, lapang mata memandang..laut kebiruan tanpa nampak tanda-tanda pulau. Laut berombak tanpa henti menyukarkan kami untuk menyediakan pancing. Umpan sotong pasar digunakan.


3 ke 4 jam di situ, ramai yang berbaring daripada memancing kerana mabuk dioleng ombak..

07 October, 2010

Sepagi di Bagan Lalang II



Lokan segar amat sedap di makan, masak apa saja samada rebus dengan garam serta daun kunyit. Atau buat sambal, masak lemak dsb. Harganya agak mahal berbanding kerang kerana ia sukar untuk dicari, tiada peternakan secara komersial untuk spesis ini. Kita harap Chef Jun boleh beri cara memasak yang sedap untuk lokan ni...


06 October, 2010

Sepagi Di Bagan Lalang



Seawal pagi sebelum menuju destinasi Kelong Mamud, ternampak kelibat beberapa remaja menggaris pantai yang baru surut lautnya. Tergamit untuk melihat (dan mungkin untuk menyibuk) aktiviti apakah yang dilakukan mereka..


Rupanya masing-masing sibuk mencari lokan. Mereka menggunakan sejenis besi yang telah di bentuk mirip cangkul. Apabila dilalukan alat tersebut sedalam kira-kira seinci dari permukaan pantai, jika terkena sesuatu seperti batu atau lokan maka ia akan tersekat. Mereka kemudian akan mengais dan pastinya lokan yang dicari.

Seorang akan menggaris (atau menggaru??) pantai manakala seorang lagi akan mengutip hasilnya. Begitulah kreatifnya manusia mencari pendapatan atau menghabiskan masa lapang mereka di bumi permata ini.




05 October, 2010

Let's Do it..again

Salam semua para pemancing dan peminat pancing seantero nusantara

Sudah berkurun Pokcik tidak update blog ni. Mulai sekarang pokcik akan update sikit-sikit tapi tak seaktif dulu. Sebab pokcik dah kurang turun memancing. Geng-geng hobi busuk dan hanyir ni pun dah lama lost contact.

Sekarang broad band dah murah, jadi tak perlu lagi guna line ofis. Pokcik akan update antara lain - aktiviti mencari kepah di Bagan Lalang, trip pancing ke Rompin di mana muntah hijau sebab mabuk laut dan beberapa lagi di keluaran akan datang. Tapi harap bersabar ye sebab nak download balik gambar dsbnya, juga kekangan masa di ofis.

Anyway, mana2 yg ada nak kongsi gambar, pengalaman dan artikel silalah hantar ke email pokcik yg tertera di sebelah kiri tu....